Kolej Komuniti Chenderoh

Kolej Komuniti Chenderoh Perak (KKCP) adalah salah sebuah dari Institusi Pendidikan Awam yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi (sebelum ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia).  Diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat kabinet pada 5 Julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Komuniti.  Pada 15 September 2009, Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan dari Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dan menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Kolej ini mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar pada 16 April 2002. Kini, Kolej Komuniti Chenderoh Perak (KKCP) telah mempunyai bangunan sendiri di Kawasan Industri MIEL, Lubok Merbau.

Kini, Kolej Komuniti Chenderoh Perak (KKCP) adalah sebuah Institusi Pendidikan Awam di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi menawarkan kursus sepenuh masa dan kursus pendek dalam bidang latihan dan kemahiran kepada masyarakat setempat.